Pelakon Abby Abadi berkata dia tidak mahu lagi memperkatakan mengenai soal rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania yang menjadi bualan ramai.
Memetik mStar Online, Abby berkata dia reda dengan pilihan anaknya itu dan mahu Marissa lalui sendiri rumah tangganya.
BACA: Aslam Mengaku Salah, Cari Masa Sesuai Jumpa Abby Abadi
“Pasal anak sebenarnya saya tak berminat utuk membersarkan lagi isu ini. Itu pilihan dia (Marissa) biar dia lalui sendiri. Sampai satu tahap kalau perkara itu baik untuk dia, ia akan berpanjangan.
“Kalau tak baik, kita tengok saja apa yang jadi. Itu saja yang saya boleh katakan,” katanya.
Sementara itu, Abby berkata hubungan mereka sekeluarga dalam keadaan baik selepas hangat diperkatakan susulan satu demi satu pendedahannya pada bulan lalu. Tambahnya hubungannya dengan Marissa tiada masalah dan apa berlaku dia tetap anaknya.
“Kami okay saja dan tak mahu isu keluarga menjadi lebih buruk. Biarlah masing-masing ambil tempoh bertenang.
“Saya biarkan saja anak dengan pilihannya, jika itu yang terbaik. InsyaAllah mohon doakan agar satu hari nanti semuanya akan jadi lebih baik. Saya baik saja dengan Marissa, anak saya tetap anak saya,” katanya.
SUMBER: mStar Online