“Itu Hanya Tuduhan” – Isteri Along Nafi Curang

Isteri kepada pelakon dan pelawak, Along Cham iaitu Afreena Suhaimi menafikan dakwaan dia berlaku curang sehingga menjadi punca berlakunya perceraian.

Memetik Utusan, Afreena berkata dia langsung tidak tahu menahu mengenai tuduhan tersebut sehingga Along memberitahu kepada pihak media.

BACA: Afreena Didakwa Curang, Cari Bekas Isteri Antara Punca Jatuh Lafaz Taklik

“Saya tidak tahu bagaimana isu ini boleh timbul. Saya menafikan sekeras-kerasnya kerana saya tidak pernah berlaku curang terhadapnya. Itu semua hanya tuduhan semata-mata,” katanya.

Menurut Afreena lagi definisi ‘curang’ yang dikemukakan oleh suaminya agak mengelirukan dan tidak selari dengan apa yang difahaminya.

“Dia menyatakan di hadapan hakim bahawa curang itu bermaksud menipu, tetapi bagi saya, curang membawa maksud menjalinkan hubungan sulit dengan orang lain.

“Kami sendiri keliru dengan maksud sebenar yang cuba disampaikan. Saya terlalu sibuk dengan kerja dan karier. Saya tiada masa untuk buat perkara seperti itu,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas dakwaan bahawa dia mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak, Afreena berkata tidak mungkin sebagai ibu dia berbuat demikian.

“Saya hanya mampu beristighfar. Orang yang mengenali, tahu saya menjaga anak-anak dengan baik. Sebagai seorang ibu, tidak mungkin saya mengabaikan mereka. Emak mana yang sanggup buang anak?” katanya.

Sumber: Utusan Online

×