“Isteri Saya Ke Mahkamah Untuk Tarik Balik Kes Cerai”

Pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim tampil menjelaskan bahawa hubungannya dan isteri, Siti Khalizah Aliha berada dalam keadaan baik.

Menerusi siaran langsung di Melodi sebentar tadi, Fikry berkata isterinya hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pagi tadi untuk menarik semula tuntutan cerai yang difailkan.

BACA:Saya Tak Tahu, Isteri Okay Saja Dengan Saya”

@melodiberapi

Dengarkan jawapan penuh Fikry Ibrahim mengenai isu penceraian beliau! #meloditv3 #fikryibrahim #isupenceraian

? original sound – Melodi tv3 – Melodi tv3

“Isteri saya datang ke mahkamah pagi tadi untuk menarik semula kes. Mahkamah minta tangguh ke satu tarikh kerana tidak mahu seperti mempermainkan mahkamah.

“Sebagai suami, saya sudah berjanji dan mengambil tanggungjawab untuk menjaga isteri dengan baik dan saya akan mempertahankan keluarga selagi mampu,” katanya.

Sementara tu, Fikry turut menafikan dakwaan netizen apabila diungkit kembali raut wajahnya seperti tidak gembira ketika di hari pernikahan sebaliknya dia dan isteri saling mencintai.

“Saya menidakkan, kami berdua saling mencintai antara satu sama lain. Tiada istillah kami kahwin terpaksa, kami kahwin atas dasar cinta yang ikhlas.

“Lepastu saya juga ada baca yang isteri saya tak gembira kerana duduk dengan mak saya. Macam dia pula yang duduk dengan mak saya. Isteri saya ikut saya ke mana sahaja saya pergi. Kadang-kadang dia ikut saya pergi Kuala Lumpur,” katanya.

×