Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan mengenai usahawan Datuk Red yang mengakui kini dalam proses menjalinkan hubungan dengan bekas isterinya, Adira Suhaimi. 

Laporan berita berkenaan turut mendapat perhatian isteri penerbit terkemuka, Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail yang dilihat turut memberikan komen.

BACA: “Percayalah, Bella Bukan Berlaku Curang” – Datin Patimah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Komen tersebut seolah-olah meluahkan rasa simpati terhadap isteri pertama yang sebelum ini bersusah senang serta menganggap isteri kedua adalah perampas.

Difahamkan, Datin Patimah menulis komen berkenaan selepas ada seorang netizen mendakwa bekas isteri Datuk Red sudah di ‘prank’. Namun tidak diketahui maksud komen tersebut.

Komen Datin Patimah itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen lain  yang turut bersetuju namun ada yang mempertahakan bekas isteri kedua yang sebelum ini turut menanggung bekas suaminya itu.

SUMBER: Murai Instagram

×