Untung sungguh Zamarul Hisham kerana memiliki isteri yang sangat prihatin menjaga setiap penampilan suaminya malah dia turut mengakui bahawa Diana Rafar turut bising apabila berat badannya naik.
BACA: Zamarul Hisham Tidak Mahu Campur Urusan Rumah Tangga Orang
“Isterilah yang selalu kerahkan saya untuk jaga kesihatan dan juga penampilan. Dia akan pastikan saya memakai lulur pada muka dan mengajar saya menggunakan pelbagai produk. Jika berat badan naik, dia akan bising”
“Apabila saya menerima tawaran berlakon isteri akan mula siapkan segala-galanya termasuklah soal pakaian. Dia akan pastikan muka saya bersih dan badan saya tidak kelihatan berisi di hadapan kamera”
“Pernah sekali kami bergaduh kerana dia mahu mencuci muka saya ketika sedang tidur. Mulanya saya rasa rimas, namun untuk kebaikan saya ikutkan sahaja,” katanya dipetik daripada portal Mangga Online. So sweet, bukan?.
Mungkin inilah hikmah yang terjadi di antara pasangan ini yang pernah goyah sehingga mereka bercerai pada tahun lalu namun kembali rujuk semula. Semoga pasangan ini akan terus kekal bahagia. (rtky/s)