Lama rasanya tak dengar cerita mengenai isteri kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar. Malah, Ira juga tidak lagi aktif memuat naik video memasak di TikTok.
Terbaru, tular video memaparkan Ira dan kakanya sedang melakukan siaran langsung di TikTok.
BACA: Nur Nilam Sahkan Ira Kazar, Syamsul Masih Suami Isteri
Menerusi video itu, Ira dilihat kelam kabut ketika mahu menjawab panggilan daripada suami tercinta ketika sedang live. Kedengaran, Ira begitu manja menjawab panggilan tersebut dan memanggil suaminya dengan panggilan ‘ayang’
https://www.tiktok.com/@syuhaila13/video/7309457795114388737
“Yanggg, ayanggg, laki kita call,” katanya.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang mengatakan selalunya jika kelam kabut sebab jarang dapat panggilan. Tidak kurang juga, ada yang meluat melihat Ira serta ada yang mengatakan Ira sebenarnya ‘pura-pura’ bahagia.