Ira Kazar Tak Terfikir Cari Pengganti, Hati Masih Tertutup

Bekas isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar berkata hatinya belum terbuka untuk mencari pengganti selepas sah bercerai pada Ogos lalu. 

 Memetik HibGlam, Ira berkata buat masa ini dia hanya mahu memberi fokus kepada keluarga serta rakan-rakannya.

BACA: Ira Kazar Tak Terima Pinangan Buat Masa Sekarang

“Terlalu awal untuk cakap fasal pengganti sebab saya tak pernah terfikir pun. Lebih kepada nak seronok dengan keluarga dan kawan. Insya-Allah akan terbuka hati kelak tetapi buat masa sekarang masih tertutup,” katanya.

Sementara itu, Ira berkata hubungannya dengan bekas suaminya itu masih kekal baik meskipun sudah berpisah dan baginya tidak perlu bermusuhan.

“Hubungan saya dengan Syamsul okey dan baik-baik sahaja walaupun kami tidak lagi bersama. Bagi saya, tak perlu bermusuh dengan bekas suami sebab dia pernah menjadi teman hidup kita. Jadi untuk apa nak bermasam muka,” katanya.

Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai kegagalan mempertahankan rumah tangga, Ira mengakui terkesan namun melihat apa yang terjadi secara positif kerana tiada siapa mahukan perceraian.

“Nak kata kecewa tak jaga hubungan perkahwinan, ada juga sedikit cuma semua yang terjadi sudah disusun untuk setiap insan. Meskipun kita tak nak jadi begitu (cerai), perjalanan memang sudah ke arah itu, saya ikut sahaja apa Allah bagi.

“Saya turut pandang ke arah kebaikan. Kadang-kadang terfikir juga kenapa tetapi kalau asyik mempersoalkan ibaratnya macam kita persoalkan kerja Tuhan,” katanya.

SUMBER: HibGlam

×