Nyanyian Nur Fazura dikecam teruk, komposer dan penulis lirik lagu Bertahan Demi Cinta iaitu Ippo Hafiz berpendapat tidak adil jika nyanyian aktres itu dikecam hanya menerusi satu persembahan secara live.
Memetik BH Online, Ippo berkata mungkin Fazura berdepan beberapa masalah sebelum menyanyikan lagu tersebut secara siaran langsung.
BACA: “Dia Tone Deaf” – Rashidi Ishak Minta Fazura Ambil Guru Vokal
“Saya pun baru balik dari Jakarta, Indonesia bagi mempromosikan lagu Tenang Diri. Cuma, saya tidak bersama Fazura ketika menyanyikan lagu duet itu secara solo dan ‘live’ ketika memenuhi undangan temubual SEA Today News di Indonesia.
“Saya turut diundang, tetapi tak boleh hadir. Apa yang saya nampak jadual Fazura padat. Jadi, bila diminta menyanyikan lagu secara live, mungkin dia agak terkejut. Lagu ini juga sukar dinyanyikan secara solo kerana ia adalah lagu duet,” katanya.
Sementara itu, Ippo berkata penonton tidak boleh berharap penyanyi sentiasa dapat menyanyi dengan sempurna kerana mungkin ada masalah teknikal ketika persembahan.
“Bagi saya, penyanyi perlu mendengar apa yang dinyanyikan dan kalau ‘in ear monitor’ bermasalah, kita tak boleh dengar suara.
“Jadi, mungkin ada masalah teknikal, tapi saya tiada di sana dan tak berani nak ulas banyak. Jadi, orang ramai tak boleh harap kita akan sentiasa dapat menyanyi dengan sempurna,” katanya.
SUMBER: BH Online