Pelakon Datin Intan Najuwa berkongsikan khabar gembira di Instagram sebentar tadi bahawa dia kini hamil anak sulung.
Menerusi perkongsian itu, Intan turut berkongsikan video menampakkan baby bump pada bahagian perut dan mengatakan mereka akan bertiga selepas ini.
BACA: “Rutin Harian Saya, Makan, Tidur, Memasak, Kopi, Membeli-Belah” – Intan Najuwa
View this post on Instagram
Dalam entri tersebut, Intan turut berkongsi rakaman imbasan sonogram memaparkan perkembangan bayi dalam kandungan, namun tidak dinyatakan usia kandungannya itu.
Perkongsian Intan itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan peminat yang mengucapkan tahniah buat Intan dan suami.
Untuk rekod, Intan sah bergelar isteri kepada usahawan, Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos tahun lalu.