Intan Ladyana Berdebar Nikah Jumaat Ini

Tinggal beberapa hari lagi menjelas hari bahagianya Jumaat ini, pelakon Intan Ladyana akui berdebar untuk disatukan dengan kekasih hatinya, pelakon muda Harris Alif.

Menurut Intan, majlis pernikahan mereka bakal berlangsung di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur dan hanya membabitkan ahli keluarga terdekat sahaja.

BACA: Majlis Pernikahan Intan Ladyana, Harris Alif Berlangsung Seperti Biasa

“Alhamdulillah persiapan kebanyakannya sudah siap, cuma dalam keadaan sekarang dengan kes Covid-19 makin meningkat setiap hari agak susah untuk membuat perancangan atau meletakkan satu tarikh untuk majlis.

“Harapnya tiada sebarang perubahan saat akhir dan semoga ia berjalan dengan lancar,” katanya.

Terdahulu, pasangan itu berkata mereka menerima tajaan sebanyak RM13.5 juta daripada Ceres Jewel. Harris turut berkongsikan selepas sebulan ulang tahun kelahiran Intan, dia dan keluarga datang merisik pada Julai tahun lalu.

×