Ini Sebab Taman Tema Berjaya Times Square Bakal Kena Serbu!

Memandangkan cuti sekolah sudah pun bermula, alangkah ruginya jika anda tidak meluangkan masa bersama anak-anak tercinta. Jika tak tahu aktiviti apa yang ingin diluangkan bersama, jangan risau sebab Berjaya Times Square Theme Park yang terletak di Berjaya Times Square ada aktiviti sangat meriah.

Bermula 25 Ogos sehingga 3 September ini, aktiviti di sini memang berbeza kerana ia melibatkan elemen elektronik, kejuruteraan, matematik dan juga sains.

Senang cerita, jika usia anak anda 7 tahun dan ke atas, inilah antara beberapa aktiviti yang mereka boleh lakukan:

1. 3D Printer Fun

Jika anda nampak anak anda mempunyai bakat dalam merekabentuk tanah liat, apa kata anda bawa mereka ke sini dan cuba sendiri 3D Printer Fun ini.

Reka sendiri apa saja perkara yang anda inginkan yang kemudiannya akan dicetak menggunakan mesin cetak 3D. Hasilnya memang realisitik!

Malah boleh dapatkan juga maskot Oorts yang dicetak terhad menggunakan mesin cetak 3D.

2. 3Doodlers – Make 3D Art with a Pen

Jika aktiviti 3D Printer Fun menggunakan mesin pencetak, aktiviti 3Doodlers lagi gempak sebab anak anda hanya perlukan pen saja untuk merealisasikan rekaan mereka ke dunia nyata. Bukan senang dapat peluang macam ini, memang dengki habis kawan-kawan anak anda yang terlepas peluang menghadiri aktiviti ini nanti.

Jika nak sertai aktiviti ini, anda perlu:

* Setiap satu resit (untuk seorang pelanggan) layak menerima 1 keychain 3D maskot. Siapa cepat, dia dapat dan sementara stok masih ada.
* Setiap satu resit (untuk seorang pelanggan) layak menerima penyertaan 2 orang untuk 3Doodlers
* Tertakluk kepada terma dan syarat

3. DIY Professor Cosmo Circuitry

Bagi anak anda yang mempunyai minat mendalam dalam bidang elektronik pula, mereka boleh menguji kepakaran mereka Professor Cosmo menggunakan papan litar, lampu LED, pin dan juga bateri. Cukup mudah dan mengujakan dan yang paling penting, rekaan tadi boleh dipakai dan boleh dibawa pulang terus!

Untuk menyertai aktiviti ini, ia terbuka kepada 90 pelanggan pertama Times Square Theme Park saja dan setiap seorang hanya layak untuk dapat 2 saja maskot LED. Siapa cepat, dia dapat dan sementara stok masih ada (tertakluk kepada terma dan syarat).

Menarik bukan aktiviti yang diadakan di Berjaya Times Square Theme Park? Selain 3 aktiviti di atas, terdapat aktiviti yang lebih mencabar seperti Vex Robotics di mana anak anda perlu mengawal robot dan melepasi beberapa halangan.

Jika anda kali pertama jejakkan kaki di sini, anda juga boleh cuba pelbagai permainan yang ada di sini seperti Roller Coaster dan juga Spinning Orbit. Memang menguji keberanian sungguh. Apa pun, setiap kanak-kanak di bawah usia 12 tahun perlulah mendapat pengawasan daripada ibu bapa.

Jika nak senang lagi tahu perkembangan aktiviti di taman tema ini, ikuti saja Facebook – Berjaya Times Square Theme Park atau rujuk terus di laman web mereka, www.berjayatimessquarethemeparkkl.com.

×