Umum mengetahui, kempen Geng Solat Subuh Macam Jumaat yang dilakukan oleh pelakon Alif Satar mendapat reaksi positif daripada orang ramai yang turut serta dalam program tersebut.

Dalam ramai yang memuji, pasti ada yang seolah kurang senang dan mengecam usaha pelakon itu dalam melakukan kebaikan.

BACA: 3,000 Jemaah Sertai ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ Alif Satar

Menerusi satu status yang dimuat naik di aplikasi X, seorang individu mendakwa orang ramai datang solat subuh di masjid hanya kerana Alif Satar dan Khairul Aming dan bukannya kerana Allah.

“Kesian, nak sembah tuhan pun perlukan influencer. Tak tahu mana satu tuhan. Pergi masjid sebab ada Alif Satar dengan Khairul Aming? Alahai…” tulisnya.

Seperti sudah disangka, perkongsian individu itu dikecam oleh netizen yang mendakwa individu tersebut sakit hati dengan kebaikan dilakukan oleh orang lain.

Dalam pada itu, ada yang bersetuju dengan individu berkenaan namun jika kempen dilakukan oleh Alif itu dapat menggalakkan orang ramai untuk solat Subuh secara berjemaah.

Sementara itu, ada netizen mengatakan apa yang dilakukan oleh Alif itu juga salah satu dakwah dengan mengajak orang ramai melakukan ibadah.

×