Pelakon Ika Nabila berkongsikan dia sentiasa memaksa dirinya untuk membaca Al-Quran sekurang-kurangnya tiga muka surat setiap kali selepas menunaikan solat.
Menerusi perkongsian di Instagram, Ikqa berkata imannya lemah dan sangat bersyukur jika dapat membaa tiga muka surat Al-Quran sehari.
“Saya sentiasa memaksa diri untuk membaca al-Quran selepas solat dan saya rasa tidak bermotivasi sebab apa? Sebab lemah dengan duniawi. Iman saya? Lemah-selemahnya, jadi kalau dapat baca tiga muka surat, saya rasa sangat bersyukur.
“Saya sentiasa percaya, usaha berpanjangan adalah kuncinya. Insya-Allah, walau apa jua keadaan kita sentiasa berusaha dan perbaiki,” katanya.
Sementara itu, Ika turut menitipkan pesanan untuk menjadikan amalan mengaji sebagai rutin harian sekurangnya dapat membaca satu muka surat sehari.
“Cuba, kalau awak larat boleh baca lima muka surat setiap hari. Tetapi kalau ada kerja (sibuk) baca tiga muka surat sudah bagus. Kalau malas sangat sebab bateri badan rendah, dapat baca satu muka surat sehari pun okey,” katanya.
SUMBER: HibGlam