Umum mengetahui, pada 7 Oktober depan permohonan cerai yang difailkan pelakon Fazura terhadap suaminya, Fattah Amin bakal diputuskan di mahkamah.
Meskipun berdepan kemelut rumah tangga, Fattah dilihat tetap meneruskan pekerjaan seperti biasa apabila muncul untuk mempromosikan Pak Mat Western.
BACA: Fattah Amin Kongsi Gambar Terakhir Fazura & Anak Undang Sebak
View this post on Instagram
Menerusi video tersebut, Fattah yang merupakan bos menyembunyikan identiti sebenar menyamar sebagai pekerja bagi memperbaiki kualiti perkhidmatan dan produk berkenaan.
Apa yang menjadi perhatian ramai, Fattah turut menitipkan pesanan kepada pekerjanya untuk sentiasa rendah diri kerana suatu hari kelak kita akan kembali kepada-Nya.
“Kita ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk. Lagipun pangkat dan kemasyhuran ini semua tidak akan kekal lama. Satu hari nanti kita kena kembali kepada-Nya,” katanya.
Sementara itu, diruangan komen rata-rata netizen teruja melihat kemunculan Fattah dalam iklan berkenaan serta memberikan sokongan buat pelakon itu untuk terus maju.
SUMBER: HibGlam