fbpx

IG Sophia AlBarakbah Diserang Netizen

Hari ini hangat diperkatakan apabila pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan seorang aktres yang bergandingan dengan suaminya mengakui menyukai Aliff Aziz.

Memetik Kosmo, seleaps pendedahan tersebut, akaun Instagram pelakon Sophia AlBarakbah diserang netizen kerana didakwa sebagai ‘wanita penyondol’ dalam rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah.

BACA: Bella Astillah Dedah Pelakon Wanita Cuba ‘Sondol’ Aliff Aziz

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pesanan buat Sophia supaya tidak mengganggu suami orang. Malah, ada yang meninggalkan komen pedas meminta tidak menjadi ‘penyondol’.

“Pesan saya, awak baru hendak naik dalam industri dan ramai lagi lelaki yang menunggu di luar sana.
“Bergelar pelakon sahajalah, jangan menjadi penyondol pula. Tolong jangan jadi penyondol, saya suka awak berlakon,” komen netizen.

Meskipun pelbagai komen dilemparkan oleh netizen, namun pelakon berusia 30 tahun itu tidak membalas serta memilih untuk berdiam diri.

Bukan itu saja, video promosi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah lakonannya dengan Aliff yang dimuat naik di Instagram juga dipercayai telah dipadam.

Sebelum ini, Bella berkata pelakon wanita itu hari-hari menghubungi suaminya dan baginya ianya tidak perlu sedangkan dia juga pernah bergandingan dengan suami orang, namun tidak berbuat demikian.