Nampaknya ada lagi berita pasangan selebriti bercerai, terbaru pelakon Idzham Ismail disahkan bercerai dengan isterinya, Siti Nur Abilah Shamsudin.

Memetik mStar Online, Idzham berkata dia melafazkan cerai pada awal Oktober lalu dan Mahkamah Rendah Syariah Klang mengesahkan lafaz dibuat hari ini.

BACA: “Isteri Saya Dah Bertahun Tak Masak, Tak Nak Dia Penat” – Idzham Ismail

“Baru sah tadi. Mahkamah sahkan lafaz cerai yang saya buat pada awal Oktober lalu,” katanya.

Menurut Idzham, konflik berpanjangan menjadi punca dia gagal mengawal kemarahan sehingga melafazkan cerai terhadap isterinya.

Tambahya lagi, ianya berpunca dari masalah kecil dan keputusan isterinya kembali bekerja sebagai pramugari juga menjadi satu faktor berlaku perselisihan faham antara mereka.

“Saya kecewa apa yang berlaku sebab ia berpunca daripada masalah kecil sahaja. Selepas saya izinkan dia bekerja semula, dia mula berubah.

“Sudah berbulan-bulan saya cuba memujuk dan tak henti memujuk. Sehinggalah pada awal Oktober saya terlafaz cerai. Saya manusia dan bukannya malaikat. Saya sudah bersabar berbulan-bulan,” katanya.

Dalam pada itu, Idzham berkata tidak mungkin dia akan kembali berbaik dengan bekas isterinya itu dan mereka masih dalam proses perbincangan mengenai hak penjaagaan anak.

Idzham berkahwin dengan Abilah pada Ogos 2016 dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Sofea Inara, 7 dan Muhammad Idrus, 4 tahun.

SUMBER: mStar Online

×