Ibu Nafi Aliff Aziz Berbaik Dengan Bella Astillah

Ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz iaitu Siti Hafizah tgmenafikan dakwaan anaknya itu sudah kembali berbaik dengan bekas isteri, Bella Astillah. 

Menerusi perkongsian di Instagram, Hafizah memuat naik satu paparan sebuah berita yang menyebarkan khabar angin kononnya hubungan Aliff dan Bella sudah berbaik.

BACA: “Kepada Yang Post Fitnah Dajjal Ini” – Ibu Aliff Aziz Nak Saman Netizen

Menurut Hafizah, dia menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan ianya adalah fitnah dan namun mereka memaafkan individu tersebut.

Hafizah turut mengingatkan bahawa dosa fitnah itu adakah dosa sangat berat dan tidak berbaloi buat mereka yang melakukannya di akhirat kelak.

Aliff dan Bella telah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan telah bercerai buat kali kedua pada 13 Jun lalu.

×