fbpx

Ibu Bapa Marah Pakai Seksi, Izara Aishah Tak Buat Lagi

Beberapa kali terpalit dengan kontroversi melibatkan busana yang digayakannya terlampau seksi, pelakon Izara Aishah mengakui perkara tersebut merupakan pengajaran terbesar buatnya dan tidak mahu perkara sama berulang lagi.

Mengakui terkejut dengan video dirinya berpakaian seksi itu tersebar selepas setahun majlis yang dihadirinya itu berlangsung, Izara mengakui bahawa tindakannya sebelum ini kurang tepat dan dalam masa yang sama tidak mahu terburu mengikut fesyen.

“Saya agak terkejut, mengapa baru sekarang video itu disebarkan sedangkan acara itu berlangsung tahun lalu. Memang saya silap kerana cuia, malah mama dan ayah juga memarahi saya kerana berpakaian begitu”

“Sejak itu saya sekain berhati hati dalam memilih pakaian yang digayakan. Siapa pun kita, pasti ingin berubah. Insya-Allah, saya sedang melakukannya perlahan-lahan. Saya juga lebih kenal diri, malah semakin matang dalam setiap tindak tanduk,” jelasnya kepada BH Plus.

Menyifatkan apa yang terjadi sebelum ini sebagai teguran daripada Tuhan, Izara menjelaskan bahawa kini keadaan beransur pulih dan juga ingin melupakan kisah lama.

“Semua itu membuka mata supaya tidak terlalu ghairah mengikut arus fesyen. Insiden itu juga menyedarkan saya, ada mata yang memandang dan sentiasa mencari kesilapan diri. Saya anggap itu sebagai teguran daripada Allah supaya tidak leka,” katanya. (rtky/s)