Hukuman penjara yang dikenakan terhadap pendakwah selebriti, PU Azman dikurangkan kepada 12 tahun berbanding 24 tahun atas dua pertuduhan kes amang seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, pada tiga tahun lalu.
Memetik Sinar Harian, PU Azman dikenakan hukuman itu selepas Mahkamah Tinggi Klang hari ini membenarkan rayuannya supaya dikenakan semua hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh 27 September 2024.
BACA: PU Azman Dipenjara Lagi 6 Tahun, Satu Sebatan
Bagaimanapun, mahkamah mengekalkan hukuman dua sebatan terhadap PU Azman.
Pada November tahun lalu, peguam yang mewakili PU Azman memaklumkan keadaan pendakwah selebriti itu berada dalam keadaan sihat di Penjara Kajang dan sudah menghafal satu juzuk Al-Quran.
SUMBER: Sinar Harian