Tiada angin tiada ribut, timbul andaian mengena hubungan pelakon dan penyanyi Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq didakwa sedang goyah.
Bagaimanapun, menerusi satu video adik kepada Bella iaitu Didi Astillah menepis dakwaan berkenaan serta mengatakan mereka masih bahagia dan tidak wujud perkara pelik antara mereka.
BACA: Doktor Harap Syed Saddiq Tak Kecewakan Bella, ‘Ugut’ Nak Rampas Muar Jika Tak Kahwin
“Bella okay tak? Okay sahaja. Kenapa saya perasaan ada yang mempersoalkan Bella okay ke tidak. Sebab saya tak nampak benda-benda pelik berlaku dengan mereka,” kata Didi.
Sementara itu, Didi turut berkata peminat-peminat BASS hanya ‘overthinking’ susulan kenyataan Syed Saddiq yang sebelum ini mengatakan dia terhutang budi dengan Bella.
“Mereka okay sahaja, saya tengok mereka happy. Mereka pun masing sweet-sweet sahaja,” katanya.
Sumber: Xtra