fbpx

Baru-baru ini, penyanyi dan usahawan Ifa Raziah ada memuat naik video bersama usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sedang bergelek sakan sambil menggoyangkan pinggul.

Memetik Xtra, Aliff memohon maaf jika ada yang kurang senang dengan video tarian gelek punggung bersama Ifa Raziah.

BACA: Video Senaman Punggung Ifa Raziah & Aliff Syukri Dikecam Netizen

Menurut Aliff, ujarnya tarian tersebut hanya sekadar gurauan sahaja dan ianya dirakam untuk dimuat naik di aplikasi TikTok.

“Saya minta maaf lah kalau tarian tu menyebabkan anda marah.  Hidup ni dik perlu lawak, perlu manja hanya bergurau. Bukannya ada adegan ramas-meramas punggung pun, atau pegang-memegang betul tak?,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff berkata tarian tersebut bergantung pada tafsiran mereka yang menonton, jika fikir negatif perkara tersebut akan jadi negatif.

“Saya minta anda fikir positif je lah… Lagipun video tu kami buat TikTok sebenarnya. Jadi nak cakap macam mana pun saya tak tahu. Sama juga macam kita menari lagu Flower dari Jisoo Blackpink, kalau anda fikir negatif maka negatif lah jadinya begitulah sebaliknya,” jelasnya.