Meskipun berdepan kontroversi saman menyaman dengan keluarga mertua dan adik iparnya, Ali Puteh, bagaimanapun balu arwah Abam iaitu Nor Hidayah dilihat tenang menjalani kehidupannya seperti biasa.
Menerusi perkongsian terbaru di Instagram, Hidayah meluahkan rasa syukur dan gembira apabila anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah kini berusia setahun sudah mula pandai berjalan.
BACA: “Yang Masih Mengecam, Saya Anggap Mereka Tak Faham Hukum Faraid”
https://www.instagram.com/p/CEieJxMDXyu/?utm_source=ig_embed
Berkongsikan video telatah anaknya itu, Hidayah mendoakan agar anaknya membesar dengan baik sebagai seorang anak yang soleh dan tidak lupa untuk sedekahkan Al-Fatihah buat arwah suaminya.
Diruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa syukur dan memberikan kata semangat buat ibu tunggal itu agar kekal tabah menghadapi segala ujian.
Minggu lalu, hangat diperkatakan apabila Ali mengeluarkan saman terhadap kakak iparnya dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman. Menurut Ali dia membuat keputusan untuk saman balas susulan kakak iparnya yang mengeluarkan saman terhadapnya terlebih dahulu.