Isteri kepada pelawak Along Cham iaitu Afreena Suhaimi menjelaskan dia berhubung dengan bekas isteri suaminya, Zila Saeron hanya untuk berkongsikan perkembangan mengenai anak tirinya.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Afreena berkata si ibu sudah lapan tahun tidak berjumpa dengan anaknya dan dia bukan seorang yang kejam tidak mahu menjaga anak tirinya.
BACA: Afreena Didakwa Curang, Cari Bekas Isteri Antara Punca Jatuh Lafaz Taklik

“Si ibu yang dah 8 tahun tak berjumpa dengan anaknya. Boleh dikatakan macam dipisahkan pun ada ya. Mestila ibu tu rindu dengan anaknya?
“Niat saya bukan untuk memberi anaknya kepada ibunya, sebab ibu dia sendiri beritahu saya yang dia pun tak nak fight tentang anaknya atas sebab tak nak anak dia stress.
“Mak dia hanya nak tahu tentang perkembangan anak dia je. Jadi yang cakap saya tak nak jaga anak tirit tu, saya tak kejam macam tu,” katanya.
Sementara itu, Afreena turut kesal dengan gelaran kurang menyenangkan diberikan terhadapnya serta turut menggelar suaminya individu yang didakwa mengambil bahan terlarang.
“Hari tu mak lampir, hari ni si polan. Ewah ewah melebih pula kau ni. Aku pun tak pernah panggil kau nama buruk. Yela, you lah terpaling betul, dedah itu la ini la.
“Saya lupa, nak hadap penagih dadah bukan mudah, terlalu delusi. Saya rasa itu sesuai jadi gelaran baru untuk awak buat sementara waktu, peminat ganja?” katanya.
Terdahulu, Along terkejut apabila menerima bukti rakaman suara didakwa berkaitan kecurangan isterinya serta mendedahkan tiga punca yang menyebabkan jatuh lafaz taklik terhadap Afreena.
Sumber: mStar Online