“Hari Ini Saya Sedia Lafaz Talak Tapi Isteri Tak Suci”

Pelakon Edika Yusof berkata dia reda dan bersedia untuk lafaz talak hari ini namun prosiding tersebut ditangguhg kepada 5 Mei depan kerana isterinya, Nor Hidayah dalam keadaan tidak suci.

Memetik BH Online, Edika berkata dia mahu mengikuti sesi kaunseling namun isterinya nekad mahu bercerai meskipun sudah dipujuk.

BACA: “22 April Hari Jadi Saya, 23 Kes Mahkamah Kami, Mungkin Itu Hadiah Hari Jadi Saya” – Edika Yusof

“Saya sudah sampai ke tahap reda. Hari ini, saya sedia lafazkan talak tetapi isteri tidak suci. Saya sebenarnya mahu kami ikuti sesi kaunseling, namun, isteri tetap dengan keputusan bercerai.

“Dia tidak mahu pergi kauseling. Saya tidak boleh buat apa-apa lagi. Bukan tak pujuk, kiriman WhatsApp dan panggilan tidak dibalas. Sebenarnya, kami belum pernah pergi kauseling. Jadi, kita tunggu sahaja 5 Mei kalau itu (cerai) yang dia minta,” katanya.

Sementara itu, Edika berkata apa yang didakwa oleh isterinya agak keterlaluan apabila mengulas punca Hidayah memohon cerai atas dakwaan mengasarinya. Malah, Edika memohon maaf jika dia ada melakukan kesilapan.

“Maksudnya, saya cakap lain, tetapi dia anggap lain. Mungkin saya ada kesilapan sampai dia bersangka buruk. Sebagai suami dan ketua keluarga, saya kena bertegas dalam sesuatu perkara.

“Tetapi kalau ada kesilapan, saya mohon maaf. Saya hendak buat macam mana, saya manusia biasa. Ini pun kali pertama saya ke mahkamah. Jadi, saya tidak biasa. Ini adalah perkahwinan kedua isteri manakala saya pula pertama,” katanya.

SUMBER: BH Online

×