VIDEO HARI INI: Hujung minggu semakin hampir dan jika anda merancang untuk makan luar, apa kata kita mula berjimat dan buat burger sendiri yang pastinya lebih sedap. Untuk berbuka puasa bersama keluarga & tersayang pun awesome!
Channing Tatum & Jenna Dewan dilaporkan dalam masalah besar dan menuju ke arah penceraian oleh sebuah majalah di Hollywood dan pasangan itu memberikan kenyataan sinis tentang tindakan tidak beretika majalah itu dalam membuat laporan palsu. – Just Jared
Mungkin bukan hiburan secara langsung tetapi pihak Zoo Negara telah mengesahkan yang anda semua boleh mula melawat dua ekor panda bernama Xing Xing dan Liang Liang di sana bermula hujung minggu ini. Jom! – The Rakyat Post
Filem ketiga dalam siri popular The Hunger Games: Mockingjay, Part 1 bakal muncul di pawagam November nanti dan ini teaser pertama untuk filem lakonan Jennifer Lawrence yang dijangka akan kembali menjadi perhatian ramai. Kami pun tidak sabar. – Mashable
Bintang 4Minute, HyunA telah disahkan oleh agensinya Cube Entertainment bakal kembali ke pentas hiburan secara solo pada Julai hadapan dengan sebuah album baru dan juga penampilan di sebuah program realiti TV. – Soompi
Selepas membantu ratusan peserta & memberi inspirasi kepada jutaan penonton program The Biggest Loser, Jillian Michaels dilaporkan tidak akan kembali untuk musim terbaru program itu yang akan bersiaran tidak lama lagi. – People