VIDEO HARI INI: Sedikit panduan kepada lelaki yang ingin memikat gadis idaman anda, keyakinan diri yang tinggi itu amat penting — lelaki tidak berbaju dalam video di atas sebagai contoh.
Ini menarik. Chris Martin telah membuat kemunculan secara mengejut dengan memakai rambut palsu dan mencium hos Saturday Night Live (SNL) hujung minggu lalu, Andrew Garfield ala babak dalam filem The Amazing Spider-man. – Just Jared
Aizat Amdan mendedahkan beliau pernah menolak hasrat beberapa orang artis tersohor tanah air seperti Datuk Sheila Majid, Zainal Abidin dan Datuk Siti Nurhaliza yang ingin mendapatkan karyanya kerana belum yakin. – mStar Online
Ahli kumpulan One Direction, Liam Payne telah kembali ke pasaran selepas beliau dilaporkan telah putus cinta dengan Sophia Smith selepas hanya bertahan selama lapan bulan dan sering berjauhan dilapor menjadi punca perpisahan. – Us Weekly
Di Korea, fesyen selebriti di lapangan terbang sebelum pergi ke mana mana turut mendapat perhatian dan buktinya satu kajian telah dijalankan untuk menentukan siapakah paling konsisten dalam berfesyen dalam situasi itu dan ahli f(x), Krystal menduduki tempat pertama. – Soompi
Muncul tanpa saingan di panggung wayang nampaknya satu kelebihan buat filem sekual The Amazing Spider-Man 2 apabila ianya dilaporkan mampu mengutip jualan tiket mencecah US$97 juta sepanjang hujung minggu yang lalu. Sudah tonton? – EW