Hari Ini Dalam Hiburan (N.545)

VIDEO HARI INI: Kreatif sungguh mereka ini memasukkan efek elemen pertarungan yang seakan Harry Porter vs. Star Wars. Memang kena dan sila tunggu sampai habis.

Mahu lagi video? Kemunculan Emma Stone di program bual bicara Jimmy Fallon dan tidak segan silu untuk mengambil bahagian dalam Lip Sync Battle bersama pengacara popular itu memang tidak harus dilepaskan untuk ditonton. – Just Jared

Filem terbaru arahan beliau, Apokalips X hanya berjaya mengutip RM253,446 sepanjang tayangan dan Mamat Khalid menyalahkan dirinya sendiri kerana tidak cuba memahami kehendak peminat filem tempatan — namun beliau tidak akan mengalah. – mStar Online

Hanya selepas dua bulan berpisah dengan penyanyi John Mayer, nampaknya Katy Perry kini sudah mempunyai pengganti & khabarnya jejaka dengan nama DJ Diplo berjaya memikat penyanyi popular itu ketika masing masing bertemu di festival Coachella. – Mirror

Dua minggu lalu, Miley Cyrus telah ditahan di hospital semalam seminggu kerana alergik terhadap ubat yang dimakan dan dalam temubual terbaru bersama Ryan Seacrest penyanyi itu dedahkan yang pengalaman tinggal di hospital sebagai menakutkan. – People

Boss besar agensi hiburan terbesar di Korea Selatan SM Entertainment, Lee Soo Man telah menyumbangkan KRW1,000,000,000 (~US$1 juta) bersama syarikatnya itu kepada mangsa tragedi feri karam Sewol untuk diagihkan kepada yang terlibat. Murah rezeki. – Soompi

×