Nampaknya kontroversi melibatkan pasangan pempengaruh media sosial Alif Teega dan isterinya Aisyah Hijanah terus menjadi bualan apabila satu demi satu dakwaan tersebar di media sosial.

Jika semalam tular laporan perubatan mendakwa Alif memukul isterinya, terbaru tersebar rakaman audio didakwa milik Aisyah dan Alif.

https://www.tiktok.com/@tentanghidup01234/video/7307024007738526977?

Kedengaran suara wanita dipercayai Aisyah yang kecewa terhadap suami selepas menggunakan kekasaran ketika berlaku pertelingkahan antara mereka.

Hari ini abang akan masuk lokap sebab abang hentak kepala abang dekat kepala Aisyah tadi kan?

“Khadijah nampak dan sampai lebam tangan Aisyah. Aisyah tak start physical abuse eh
Bagus sangat, hari ini abang akan masuk lokap,” katanya.

Dalam pada itu, kedengaran suara dipercayai Alif seakan mempertahankan dirinya mengatakan bahawa tindakannya itu kerana sudah hilang sabar dengan isterinya yang tidak menghormatinya.

“Aisyah yang mula dulu (kekerasan), Aisyah kutuk dan banyak kali dah hina abang. Aisyah tak hormat abang sebagai seorang suami.

“Macam mana abang tak marah? Abang cakap elok-elok, ‘Jangan hina abang depan Khadijah’. Tapi Aisyah buat lagi dan lagi,” katanya.

×