Hargai Isteri Hamil, Fizi Ali Beri Wang Tunai Dalam Sampul Tebal

Isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali iaitu Siti Zulaikha meluahkan rasa terharu apabila menerima sejumlah wang daripada suaminya.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Zulaikha memuat naik video sampul yang mengandungi wang tunai namun tidak mendedahkan jumlah duit tersebut.

BACA: Shakilla Khoriri Percaya Fizi Ali Jaga Ameena Dengan Baik

“Lepas hantar anak-anak pergi sekolah, balik dia terus tanya nak sampul kiri ke kanan? Nampak belah kanan macam tebal je, kita pun pilih la yang tu. Tapi dalam otak berfikir, ini mesti kena scam dalam sampul ada sampul lagi,” tulisnya.

Bagaimanapun, Zulaikha tidak dapat menahan air mata apabila mengatakan wang tersebut adalah sebagai tanda penghargaan kepadanya kerana menjadi isteri dan ibu yang baik.

“Bila tengok dalam terus menangis! Saya tanya dia kenapa pula bagi tebal-tebal ni? Dia jawab, ‘terima kasih sebab jaga anak-anak dan mengandungkan anak saya.’ Allahuakbar, lagi laju air mata turun. Berhingus terus hidung!” tulisnya.

Dalam pada itu, Zulaikha turut mengucapkan terima kasih kepada Fizi kerana menjadi suami dan bapa terbaik buat anak-anak mereka.

“Macam ni, nak mengandung setiap tahun pun tak apa. Tapi sejujurnya, terima kasih sebab jadi suami yang terbaik untuk saya dan daddy yang terbaik untuk anak-anak.

“Semoga kita terus berkasih sayang dan jaga sama-sama hingga ke jannah. Slowly but surely okay sayang. Love you to the moon and back dunia akhirat saya,” tulisnya.

Untuk rekod, Fizi mendirikan rumah tangga bersama Zulaikha pada 23 Oktober tahun lalu.

SUMBER: Oh Bulan

×