fbpx

Hargai Isteri, Amar Baharin Belikan Kereta Baru

Suami mana tidak sayangkan isteri, lebih-lebih lagi jika isteri baru saja bertarung nyawa melahirkan cahaya mata pertama. Lebih menarik lagi buat Amar Baharin, bagi menghargai dan menunjukkan tanda terima kasih, pelakon lelaki ini menghadiahkan Amyra Rosli sebuah kereta baru.

BACA: Amar Baharin, Amyra Selamat Timang Anak Sulung

Masih belum berkongsi kepada umum lebih lanjut tentang anak mereka, peminat bagaimanapun tidak putus-putus menyatakan rasa bersyukur kerana pasangan ini selamat menimang cahaya mata. Selain itu ada juga mereka yang menyatakan Amyra sangat beruntung mendapat suami yang penyayang.

“Kehadapan Daddy, anda adalah seorang insan yang paling baik yang pernah kami jumpa. Kami sangat bertuah mendapat seseorang seperti anda dalam hidup kami. Terima kasih atas hadiah ini dan untuk semua perkara istimewa yang anda lakukan. Kami sayangkan awak Amar Baharin,” kongsi Amyra di Instagram.

Apa pun, semoga pasangan ini akan terus cekal dan tabah melalui fasa baru dalam kehidupan. Apa yang pasti, peminat tidak sabar-sabar untuk menantikan perkembangan penuh tentang si comel yang baru saja lahir pada 15 Oktober lalu. (rtky/s)