Pelakon Diana Danielle berkata dia berharap prosiding perceraian dengan suaminya, Farid Kamil yang bersambung pada 2 Disember depan dapat diselesaikan dengan segera.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Diana meluahkan rasa syukur pengesahan rujuk berjalan lancar dan selepas ini proses cerai akan diteruskan.
BACA: Farid Kamil, Diana Danielle Masih Suami Isteri
“Alhamdulillah, segala urusan berjalan lancar hari ini. Selepas ini, proses perceraian pula akan diteruskan.
“Saya tidak mempunyai banyak perkara untuk dikongsi buat masa ini, tetapi saya mohon doa daripada semua agar proses perceraian dapat diselesaikan dengan segera.
“Itu adalah yang terbaik untuk semua pihak. Saya juga mendoakan segala kebaikan untuk semua yang terlibat,” katanya.
Sementara itu, Diana turut menitipkan penghargaan buat pengamal media serta memahami tugasan mereka dalam membuat liputan mengenai kes perceraiannya serta kariernya selama ini.
“Saya faham bahawa mereka juga mempunyai tanggungjawab kepada editor dan pihak atasan masing-masing.
“Selain itu, saya sangat menghargai sokongan mereka selama ini dalam membantu perkembangan karier seni saya, termasuk mengimbangi kekurangan yang wujud sepanjang saya bergelar anak seni.Kursus seni dalam talian
“Sebagai tanda penghargaan, saya percaya apabila mereka menyokong kita, wajarlah kita turut memberi sokongan kepada mereka,” katanya.