Hanya Pistol Mainan, Amir Ukays Dibebaskan Pihak Polis

Penyanyi Amir Ukays yang telah ditahan oleh pihak polis semalam kerana memiliki pistol telah pun dibebaskan (hari yang sama) dengan jaminan polis apabila pistol yang dijumpai bersamanya hanyalah pistol mainan.

BACA: Amir Ukays Kini Ditahan Pihak Polis Kerana Miliki Pistol

“Saya bukan penjenayah, pistol itu hanyalah mainan untuk tembak cicak di rumah. Alhamdulillah, saya didapati tidak bersalah dan dibebaskan pada petang tadi (semalam). Saya tidak tahu menjadi kesalahan jika memiliki pistol mainan. Saya juga tidak tahu perlu memiliki lesen untuk memiliki pistol mainan”

“Tidak dinafikan, pistol berkenaan menyerupai pistol, tetapi ia hanyalah pistol mainan. Selalunya, saya letak pistol berkenaan di rumah untuk kegunaan menembak cicak, tetapi pada tengah hari semalam, anak saya membawa turun dan tertinggal dalam kereta”

“Saya tidak sempat membawa naik semula kerana bergegas ke studio untuk latihan vokal program Gegar Vaganza2. Bagaimanapun, saya kurang bernasib baik apabila ditahan sepasukan polis ketika berada dalam kereta di kawasan letak kereta di rumah selepas pulang latihan,” jelasnya kepada Berita Harian.

Selain menafikan dakwaan bahawa dia ditahan reman oleh pihak polis, Amir juga menjelaskan bahawa dia juga sudah memaafkan pihak yang menuduhnya dengan pelbagai gelaran serta memviralkan gambar dan pistol miliknya itu. (rtky/s)

×