Pelawak Shuib dan isterinya, Watie Hanifiah memberitahu mereka sedia menimang cahaya mata sulung bersama selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga.
Memetik mStar Online, Shuib berkata dia meluahkan hasrat tersebut ketika menunaikan umrah pada tahun lalu dan baginya sudah tiba masa untuk menambah cahaya mata.
BACA: Watie Menangis Dapat Bunga Dari Shuib, Rasa Diri Dihargai
“Sebenarnya benda ini terjadi ketika kami pergi umrah baru-baru ini. Watie pada awalnya takut nak bagitahu saya yang dia mahu anak.
“Jadi ketika umrah itu, saya yang buka mulut cakap untuk mahukan anak, Watie adalah manusia paling gembira pada masa itu.
“Sekarang ini pun Ayyash (anak keempatnya bersama Siti Sarah) sudah berusia empat tahun, jadi ini masa yang sangat sesuai untuk tambah anak,” katanya.
Sementara itu, Shuib berkata hasil cahaya mata bersama Watie akan menjadi pengikat kasih sayang antara anak-anaknya di masa akan datang.
“Saya fikir yang semua anak itu adalah anak tiri kepada Watie. Jadi kalau apa-apa berlaku pada masa depan, tidak ada ikatan yang boleh ikat Watie dengan anak-anak saya.
“Kalau kata saya tiada nanti, anak-anak boleh sahaja menjauh dengan dia, tetapi kalau ada anak (bersama Watie), mereka (anak-anak) boleh rapat dengan adik baru,” katanya.
Shuib pernah berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah. Namun, penyanyi itu meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat Covid-19.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan.
SUMBER: mStar Online