fbpx

Hafiz Hamidun Tegur Penampilan Faiz Roslan

Industri hiburan kini bukan sahaja ‘meriah’ dengan kehadiran wanita jadian, malah banyak instafamous lelaki membuat video parodi berpakaian wanita seperi Faiz Roslan. Hal itu turut mendapat perhatian Hafiz Hamidun yang menegur individu itu di laman sosial.

BACA: “Salah Ke Dilahirkan Lembut, Pakai Macam Perempuan?”

Berikutan kenyataan Faiz sebelum ini yang mempersoalkan salahkah dirinya dilahirkan lembut dan berpakaian wanita, Hafiz meminta lelaki tersebut mempelajari lebih ilmu agama supaya memahami apa yang halal dan haram.

Bagaimanapun teguran itu nampaknya tidak terlepas dari padangan Faiz. Menafikan kenyataan yang ditulis, jelasnya beliau tidak pernah menyoal hukum memakai pakaian menyerupai wanita kerana mengetahui ianya salah.

Dalam pada itu, Hadiz dan Faiz juga berbalas kenyataan secara baik selain akur dengan kesalahannya. Difahamkan juga Faiz kini memperlahankan video parodinya buat seketika kerana tidak mahu mencetuskan lebih banyak spekulasi mengenai ‘kelembutannya’. (rtky/w)