fbpx

“Hafiz Hamidun Tak Mampu Bagi Nafkah Batin”

Dalam satu sidang media yang berlangsung petang ini, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin datang bersama kakak dan ibunya untuk menjawab persoalan orang ramai tentang status perkahwinan beliau dengan Hafiz Hamidun.

BACA: Joy Revfa Bersumpah Pernah ‘Bersama’ Hafiz Hamidun

Joy Revfa yang berlinang air mata ketika sidang media berlangsung berkata perkahwinan beliau dengan Hafiz Hamidun lebih didorong oleh ibunya yang menganggap lelaki sebagai beragama, baik dan boleh jadi suami yang baik.

“Kalau ikutkan saya, Hafiz Hamidun bukan taste saya,” ujar Joy Revfa.

Dalam sidang media yang sama, Joy Revfa juga Hafiz Hamidun sebenarnya tidak layak untuk bergelar suami beliau mahu pun bapa kepada anaknya kerana tidak mampu memberikan nafkah batin seperti lelaki lain.

Pada perkembangan lain, Hafiz Hamidun terlebih awal memfailkan permohonan cerainya terhadap Joy Revfa di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya melalui peguamnya Zulkifli Yong Azmi.

Sedang dikemaskini…