Sebut saja nama Hael Husaini pasti ramai tahu bahawa penyanyi dan komposer ini semakin mencipta nama dalam industri hiburan tanah air. Malah, tahun ini 2019 merupakan tahun terbaiknya apabila lagu nyanyiannya muncul juara Anugerah Juara Lagu ke-33.
Nampaknya segala usaha dan kerja kerasnya membuahkan hasil apabila Hael menerima hadiah sebuah kereta mewah Totoya Vellfire daripada pihak pengurusannya Virus Ungu Entertainment.
BACA: Hael Husaini Dedah Anak Manja Dengan Calon Isteri
Menerusi beberapa foto dan video yang dikongsikan, Hael begitu terkejut sehingga terduduk di atas lantai apabila kereta tersebut adalah hadiah untuknya.
Lebih eksklusif lagi, plat kereta tersebut ditempah khas dan seakan nama kedua Hael iaitu ‘Usaini’ (VS54171).
Beruntungnya Hael, semoga penghargaan tersebut dapat menaikkan lagi semangat Hael untuk lebih menyinar dalam industri hiburan tanah air.