‘Gurauan’ AC Mizal Malukan Keadaan Fizikal Zamani?

Tidak dinafikan bahawa bukan mudah untuk menjadi penghibur dan kadang-kala tanpa sengaja juga kita mampu mengguriskan perasaan dan hati orang ramai. Begitulah antara yang terjadi kepada AC Mizal dan juga Zamani dalam Gegar Vaganza baru-baru ini.

BACA: AC Mizal, Isteri Bengang Beg Rosak Di Airport

Dalam video di atas, AC menyatakan bahawa fizikal Zamani kelihatan terlalu kurus dan dia menasihatkan agar Zamani mendapatkan bantuan vitamin dan juga minum susu. Kita semua tahu Zamani kurus tapi kita tidak tahu, mungkin apa yang AC Mizal cakap itu sekadar mengikut skrip. Biasanya begitulah’kan?

Apa-apa pun, akibat beberapa teguran AC tersebut, wujud segelintir warga laman sosial yang tidak senang dengan kenyataan tersebut selain menyifatkan bahawa pelawak dan pengacara hebat berkenaan tidak sepatutnya berbuat sedmikian.

Pastinya AC Mizal mempunyai jawapan tersendiri dan paling tidak, perkara ini sedikit sebanyak menghangatkan Gegar Vaganza musim terbaru. Gegar Vaganza musim lepas pun hangat lagi, hadiah palsu dan tanah lot mengecil. (rtky/s)

×