Ada pembaca bertanya di’bawah, “Is this Stephen guy even popular?


Jawapan panjang’nya, beliau pernah terbabit dalam sebuah filem Hollywood bertajuk Highlander: The Source, berlakon pentas untuk Bombay Dreams di London.

Dan, memegang watak utama sebagai Hang Tuah dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang dan bakal muncul dengan buah filem blockbuster terbitan KRU, Hikayat Merong Mahawangsa Mac ini.

Jawapan pendek’nya, tidak. Malah ada antara kita yang masih menganggap Stephen Rahman Hughes ini tidak layak membawa apa apa watak yang membabitkan jiwa Melayu. Sad face.

Apa pun, pagi ini kami menerima sepucuk e-mail dari pembaca kami, Cleopatra yang mengirimkan beberapa keping gambar perkahwinan Stephen Rahman Hughes & Anjali Mehra.

Perkahwinan mereka di’khabarkan berlangsung di Tuscany, Itali dan berlangsung dengan meriah selama lima hari dan di’hadiri oleh sanak saudara & rakan terdekat.

Majlis perkahwinan mereka yang sedikit pun tiada unsur adat Melayu atau pun unsur Islam di’adakan pada bulan puasa September 2010 yang lalu.

Khabarnya, ramai juga sanak saudara & rakan rakan yang mengaku Islam dari Malaysia terbang ke’sana untuk memeriahkan majlis turut tidak berpuasa. Hmm.