fbpx

Gambar Bercium Aliff Aziz Dengan Janda Anak Satu Pula Tersebar?

Dikala Aliff Aziz meminta diberi ruang disaat kehidupannya getir, kini tersebar pula gambar berciuman diantara beliau dan seorang wanita. Difahamkan wanita terbabit seorang janda dan mempunyai seorang anak.

BACA: “Ini Fasa Paling Getir Seumur Hidup Saya”

Menerusi portal Astro Gempak, gambar yang mula tular di media sosial itu menunjukkan seorang jejaka mirip Aliff berciuman mulut dengan seorang wanita yang sudah dikaburkan wajah keseluruhannya.

Bagaimanapun sehingga identiti sebenar wanita terbabit masih belum diketahui. Berdasarkan gambar terbabit, Aliff memeluk erat wanita itu sebelum mencium beliau di sebuah pusat hiburan snuker.

Bapa Aliff pula menerusi kenyataan media berkata masih belum bertemu dengan anak lelakinya itu dan enggan campur tangan dalam urusan peribadi Aliff. Lepas satu persatu gambar didedahkan, kali ini siapa pula gerangan wanita ini?. (rtky/w)