fbpx

Gambar: Aaron Aziz, Isteri & Anak Anak Sebagai Cover Mingguan Wanita

Sejak kebelakangan ini, kami suka mengikuti timeline isteri Aaron Aziz, Diyana Halik di Twitter.

Bukan apa, isteri Aaron Aziz ini rajin update kisah terkini perjalanan karier suami beliau dan gambar gambar yang menarik.

Terbaru, pasangan ini dan anak anak telah terpilih sebagai penghias muka depan Mingguan Wanita (MW) isu terkini.

Dalam temubual bersama MW, Aaron Aziz banyak berbicara tentang perjalanan karier beliau yang sibuk sepanjang Ramadhan kerana beliau mengerjakan umrah di bulan Julai.

Aaron Aziz turut meluahkan rasa bersyukur mempunyai isteri seperti Diyana Halik yang merupakan segalanya buat Aaron Aziz — isteri, ibu kepada anak anak, pengurus, konsultan, pakar motivasi dan pemberi semangat.

Jelas karakter seorang lelaki yang mementingkan keluarga terpancar dari percakapan dan perbuatan Aaron Aziz selama ini. Bertuah keluarga ini memiliki lelaki seperti Aaron Aziz.

Lagi gambar Aaron Aziz, Diyana Halik & anak anak sebagai muka depan Mingguan Wanita selepas ini. Enjoice

via MEOW