fbpx

“Sanggup Ponteng Kelas Untuk Jumpa Putera Mateen”

Nampaknya kehadiran pewaris takhta Brunei, Pu­tera Abdul Mateen di temasya Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur menjadi bualan hangat selepas beberapa video para peminat sanggup hadir ke lapangan untuk bertemu beliau tular di media sosial.

Dalam video terbaru yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia, Pu­tera Abdul Mateen sekali lagi menjadi tumpuan peminat yang hadir ke perlawanan sulung sukan polo yang menyaksikan Brunei tewas kepada Malaysia 12-4.

Dalam temubual ringkas bersama salah seorang yang hadir, mereka mengakui sanggup untuk ponteng sekolah semata mata mahu datang bertemu dengan putera idaman mereka. Memang power!

Kekalahan pasukan Pu­tera Abdul Mateen tidak sedikit pun memberi kesan kepada populariti beliau di kalangan peminat dan paling kami suka walaupun beliau bergelar orang istana, pemuda ini tidak lokek untuk turun bertemu dan bergambar dengan mereka yang hadir. (rtky/m)