Sejak beberapa hari ini hangat diperkatakan mengenai Fynn Jamal berhubung pandangannya berkenaan isu seks dan rogol dari sudut Islam. Malah, sebelum ini Fynn berkata tindakan wanita memuat naik gambar profil lawa-lawa sebenarnya menjemput nafsu lelaki.

Terbaru, seorang netizen tidak dapat menerima kenyataan Fynn yang berkata bahawa seorang isteri perlu bersiap sedia untuk melayan nafsu seks si suami. Fynn turut menyamakan peranan isteri seperto seorang anggota ‘bomba’.


BACA: Fynn Jamal Dikecam Salahkan Penampilan Wanita Punca Gangguan Seksual

Menerusi kenyataan yang dikongsikan Insta Story, Fynn menceritakan kuliah agama yang dihadirinya dimana air mani dikatakan berasal dari elemen api. Disebabkan itu amat penting bagi isteri-isteri menjadi bomba kepada ‘api’ sang suami.

Malah, netizen itu turut mempersoalkan kembali adakah seseorang perempuan perlu melayani nafsu perogol hanya kerana sedang ‘terbakar’.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen lain yang turut mengecam kenyataan Fynn itu walaupun hujah serta keterangan merujuk Al-Quran dan hadis turut dikongsikan di laman sosial Fynn bagi menjawab isu berkenaan.

Netizen juga turut merasa kasihan dengan kaum wanita kerana bukan sahaja perlu melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dengan membuat kerja rumah tetapi turut menjadi ‘bomba’.

Dalam perkongsian sebelum ini, Fynn ada menyatakan bahawa kononnya Rasulullah pernah berpesan kepada para isteri supaya ‘standby’ sahaja jika si suami mahu bersama apabila pulang ke rumah.

Sementara itu, antara dikalangan netizen menggesa agar orang ramai mengikuti sidang video Fynn dengan selebriti Caprice semalam bagi menyelesaikan salah faham yang ditimbulkan.