Fuad Rahman Tak Rancang Tambah Anak, Kasihan Tengok Tom Alahan Teruk

Penyanyi Fuad Rahman berkata dia dan isterinya, Tom tidak merancang untuk menambah cahaya mata selepas menimang cahaya mata sulung mereka pada Februari tahun depan.

Memetik mStar Online, Fuad berkata dia kasihan melihat keadaan Tom yang mengalami alahan teruk sepanjang tujuh bulan kehamilan.

BACA: Fuad Rahman Merajuk Kalau Tom Tak Masak

“Ini yang terakhir rasanya. Sebagai suami saya memang kasihan melihat keadaan dia tapi kami tak rancang untuk ‘ikat’ dan buat perancangan sendiri saja.

“Ragam Tom kali ini lain macam, emosi dia pun tak menentu. Adakalanya dia menangis dan mengamuk secara tiba-tiba. Sebagai suami saya memahami keadaan dia dan sentiasa cuba berada di sisinya,” katanya.

Bakal menimang bayi perempuan, Fuad berkata dia teruja kerana sebelum ini tidak berpeluang menjaga anak hasil perkahwinannya terdahulu.

“Saya memang nak anak perempuan… Walaupun ada seorang anak perempuan tapi selepas dia dilahirkan saya tidak berpeluang menjaganya.

“Anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu dibesarkan oleh bekas isteri, jadi apabila dimaklumkan kami bakal dapat anak perempuan semestinya saya teruja,” katanya.

Untuk rekod, Tom dan Fuad Rahman mendirikan rumah tangga pada 23 Februari lalu di Batam, Indonesia.

×