Pelakon Fizo Omar enggan mengulas dakwaan anak sulungnya, Wan Maryam yang beranggapan dirinya kurang mendapat perhatian berbanding adik beradik yang lain.
Memetik Harian Metro, Fizo berpendapat tidak perlu membuat kenyataan mengenai perkara tersebut kerana tidak mahu memanjangkan isu berkenaan.
BACA: “Maryam Tengok Macam Daddy Tak Sayang…” – Luahan Anak Fizo Omar Jadi Perhatian
“Saya minta maaf kerana berasa tidak perlu buat apa-apa ‘statement’ (kenyataan) mengenai perkara ini sebab tak nak isu ini berlarutan. Saya harap semua faham. Terima kasih,” katanya.
Terdahulu, ketika siaran langsung bersama ibunya, Mawar Karim, Maryam meluahkan seolah kurang mendapat perhatian bapanya selepas dikurniakan tiga cahaya mata bersama isterinya, Fazeera Nazri.
“Maryam tengok macam daddy (Fizo Omar) tak sayang. Awak ada ramai anak tapi anak sulung awak… merasakan seperti awak dah tak suka padanya lagi,” katanya.
Bagaimanapun, Mawar menjelaskan Maryam menyayangi adik-adiknya dan turut membelikan hadiah untuk mereka.
Tambah Mawar lagi, perkara itu biasa di kalangan adik beradik yang ramai tambahnya lagi, kanak-kanak dari ‘broken family’ akan rasa insecure serta merasakan diri tidak disayangi.
Sumber: Harian Metro