Pelakon Fizo Omar mendedahkan dia hanya diberi kebenaran untuk bertemu dengan anaknya, Wan Maryam sebanyak empat hari dalam sebulan sepanjang 8 tahun.
Memetik mStar Online, Fizo enggan mengulas mengenai luahan anaknya itu serta beranggapan ianya reaksi normal kanak-kanak, termasuk adik beradik yang lain turut cemburu jika dia memeluk anak bongsu.
BACA: Fizo Omar Enggan Ulas Dakwaan Anak Sulung Rasa Dipinggirkan
“Anak saya baru 4 orang, cuma bezanya Maryam tinggal dengan ibunya. Masa untuk saya meluangkan waktu dengan Maryam agak terhad kerana dapat bertemu empat hari dalam sebulan.
“Mudah kata saya tidak dibenarkan untuk jumpa anak pada waktu lain, sebaliknya hanya perlu mengikut tempoh sudah ditetapkan. Sudah lapan tahun seperti ini.
“Mungkin dia (Maryam rasa macam itu (tidak disayangi). Bukan saja Maryam, anak-anak yang tinggal serumah dengan saya kadang-kadang pun cemburu bila saya peluk adik mereka,” katanya.
Sementara itu, Fizo berkata hubungannya dengan Maryam tiada masalah dan bahagia serta dia masih menjalankan tanggunjgawab dalam membahagikan kasih sayang kepada anak-anaknya.
“Kasih sayang semuanya sama, cuma netizen saja yang dakwa anak saya kurang diberi kasih sayang. Hakikatnya Maryam terlebih kasih sayang Alhamdulillah, siapa yang komen keterlaluan itu mungkin dia kurang kasih sayang.
“Bagi saya asalkan kita tahu menjaga keluarga sendiri dan saya jalankan tanggungjawab ia sudah mencukupi. Tak perlu untuk validasi orang luar,” katanya.
Terdahulu, ketika siaran langsung bersama ibunya, Mawar Karim, Maryam meluahkan seolah kurang mendapat perhatian bapanya.
Sumber: mStar Online