Penyampai radio, Fizi Ali nekad untuk membawa urusan penjagaan ke mahkamah selepas tiada jalan penyelesaian mengenai perkara itu.
Memetik mStar Online, Fizi berkata dia menyerahkan kepada peguam berhubung tuntutan hak penjagaan anaknya Ameena Sofia dengan bekas isteri, Shakilla Khoriri.
BACA: “Ada Sebab Saya Sekat Fizi Di WhatsApp”
“Saya dah bawa kes ini untuk diselesaikan secara undang-undang dan kami akan berbincang di mahkamah saja nanti. Tarikh dan masa dia sudah tahu cuma saya berharap dia akan datang untuk selesaikan masalah ini,” katanya.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Fizi berkata dia terpaksa mendedahkan kemelut isu itu di media sosial kerana sukar untuk berkomunikasi dengan Shakilla kerana telah disekat oleh bekas isterinya itu.
“Ya memang dia block nombor telefon saya jadi saya berhubung dengannya melalui peguam tapi itulah tak dapat sebarang maklum balas.
“Tujuan saya muat naik posting di media sosial juga kerana nak ingatkan dia untuk datang ke mahkamah selesaikan masalah ini supaya tidak berlarutan,” katanya.
Sebelum ini, Fizi meluahkan rasa kesal pabila dia tidak dapat berjumpa anaknya, Ameena di hari graduasi prasekolah yang berlangsung di Cyberjaya.