Fazura Tak Tolak Jodoh, Sedia Kembali Berumah Tangga

Pelakon dan penyanyi Nur Fazura berkata dia tidak menolak untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi seandainya bertemu jodoh terbaik buat dirinya.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Fazura bagaimanapun berkata dia kini sedang sibuk menguruskan kerjayanya serta memberi fokus kepada anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya.

BACA: “Pengakhiran & Permulaan Untuk Segalanya” – Fazura Selesai Jalani Tempoh Idah

@aiteetalhah

Fazura berharap bertemu jodoh terbaik.#fazura #jodoh #jodohpastibertemu #nikah #fypmalaysia #fypindonesia #brunei

? original sound – officialnohsalleh – officialnohsalleh

“Doakan saya dan walaupun saya dah single tapi saya fokus kepada Fatima dan kerjaya.  

“Tapi mudah-mudahan jika ditakdirkan ada jodoh lagi, semoga yang baik-baik dan terbaik buat saya. dan Fatima. Doakan okay,” katanya.

Pada 13 Disember lalu, Fazura mengumumkan telah selesai menjalani tempoh idah selepas sah bercerai dengan bekas suami, Fattah Amin pada 7 Oktober.

SUMBER: Xtra

×