Fazura Tak Setuju Lancar Lagu Duetnya Dengan Fattah – Pengurus

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila bekas pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin dikatakan bakal melancarkan duet berjudul Bertahan Demi Cinta pada Khamis ini.

Memetik Kosmo, bagaimanapun pengurus Fazura iaitu Iman Tang berkata pihaknya tidak tahu menahu menenai pelancaran lagu itu kerana tidak sesuai dengan waktu.

BACA: Fattah Tak Tahu-Menahu Lagu Duet Dengan Fazura Bakal Lancar Khamis Ini

“Saya sempat bertanya, pihak Fazura juga tidak tahu, mereka (label) tidak maklumkan tiba-tiba sahaja mahu keluarkan lagu.

“Saya tidak hubungi label, cuma tanyakan kepada Fazura dan abangnya. Mereka tidak dimaklumkan apa-apa, tahu-tahu sudah keluar,” katanya.

Susulan makluman oleh pihak label berkenaan, ada yang mendakwa bekas pasangan itu didakwa menggunakan perceraian sebagai gimik untuk mempromosikan lagu.

Bagaimanapun, Iman berkata pihak label tidak sepatutnya mengambil kesempatan diatas kesempitan orang lain apatah lagi sekarang bukan waktu yang tepat dengan tajuk lagu sedemikian.

“Sebagai orang Islam, kita tidak meminta tetapi hormatilah jika seseorang melalui masa yang sukar. Jangan ambil kesempatan. Pakai otak,” katanya.

Dalam pada itu, Iman berkata Fazura juga tidak setuju lagi tersebut dikeluarkan dan tidak juga tidak tahu apa rancangan pihak label.

“Ya, Fazura juga tidak bersetuju kerana lagu sudah dirakam lama. Sudah tentu tiada siapa setuju Saya tidak tahu apa rancangan mereka (label), bagi mereka mungkin lagu ini orang akan dengar. Saya juga tidak tahu jika ada terikat dengan kontrak.

“Kalau Fazura promosi lagu itu saya akan marah sebab cara ini tidak betul. Soal perceraian bukan bahan jenaka untuk diambil kesempatan,” katanya.

SUMBER: Kosmo

×