Fazura Sifatkan Hisyam Hamid Sebagai Family Man

Pelakon dan penyanyi Nur Fazura berkongsikan pandangannya mengenai beberapa pelakon lelaki di Malaysia.

Menerusi video yang dikongsikan semula oleh netizen di Threads, Fazura menyifatkan aktor Hisyam Hamid seorang yang baik dan pertama kali berlakon bersama dalam filem Dendam Seorang Pontianak.

BACA: 10 Tahun Berkhidmat, Pengawal Peribadi Dedah Sikap Sebenar Fazura

“Hisyam seorang yang baik, kami pernah berlakon bersama-sama dalam filem Dendam Pontianak.

“Pada Faz, Meerqeeen ni seorang pelakon baru yang berbakat. Bagi saya dia dan Nadhir Nasar adalah pelakon yang pandai position dan pandai bawa diri mereka dengan baik. Kacak pun kacak,” katanya.

“Tapi masa tu kami tak banyak borak sebab tak banyak scene bersama. Tapi memang dia seorang yang baik, tak banyak cakap, family man dan seronok kerja dengan dia walau tak banyak scene. Mana tau satu hari nanti kan. Mudah-mudahan,” katanya.

Sementara itu, Fazura turut memuji sikap dua pelakon yang baru meningkat naik iaitu Meerqeen dan Nadhir Nasar.

Fazura berkata lagi, keduanya berbakat dalam lakonan serta memiliki rupa paras yang kacak serta pandai membawa diri.

Sumber: Xtra

×