fbpx

Fazura Menangis Lagu Baru Dapat Sambutan Hebat

Siapa yang pernah mengkritik suara Fazura sumbang sebelum ini sudah boleh menarik balik kata-kata itu apabila dua single lagu terbarunya, Bisa Apa dan Bangun telah mendominasi carta dua tangga teratas iTunes Malaysia hanya selepas sejam lagu-lagu itu dilancarkan.

“Alhamdulillah, lagu Bisa Apa berjaya menduduki tempat pertama selepas sejam dilancarkan manakala Bangun pula melonjak ke tangga kedua dari kedudukan keempat sebelum ini”

Malah kerana terlalu terkejut dengan berita itu, Fazura menitiskan air mata kegembiraan apabila usahanya menceburi bidang nyanyian akhirnya membuahkan hasil dan diterima ramai. Lagu Bisa Apa telah dirakamkan di Indonesia, manakala Bangun pula diciptakan oleh komposer tempatan.

“Air mata yang mengalir ini adalah tanda kegembiraan dan terima kasih diucapkan kepada semua peminat yang menyokong saya selama ini,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung dengan perkara itu.

Tahniah diucapkan kepada Fazura di atas kejayaan lagu-lagunya itu. Kami pasti sedikit sebanyak pengaruh Fattzura membantu menjayakan lagu-lagu tersebut. Ketika ini pasti saja peminat yang pernah mengkritik beliau dulu menggigit jari mendengar berita ini. (rtky/w)